Sunday, July 4, 2010
Bagaimanakah untuk menyertai skim pelaburan Ahli KWSP?
Berapakah jumlah minimum pelaburan permulaan dan tambahan?
Bagaimana cara melabur dalam dana-dana yang diuruskan oleh CWA?
Pelaburan Terus
Boleh dilakukan di ibu pejabat, pejabat cawangan, pejabat agensi yang berdaftar atau Perunding Unit Amanah CWA yang bertauliah di seluruh negeri.
Autodebit
Boleh melabur menerusi perkhidmatan Autodebit yang disediakan oleh Malayan Banking Berhad, CIMB, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional. Pelabur yang mempunyai akaun dengan mana-mana bank tersebut boleh memberikan arahan tetap untuk melabur (minimum RM100) setiap bulan.
Skim Pelaburan Ahli KWSP
Sekiranya anda seorang pencarum KWSP yang berumur di bawah 55 tahun, pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada adanya baki yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun I di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA). Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
Jumlah Simpanan Asas dalam Akaun 1 :Umur | Simpanan Asas | Umur | Simpanan Asas |
18 | 1,000 | 37 | 34,000 |
19 | 2,000 | 38 | 37,000 |
20 | 3,000 | 39 | 41,000 |
21 | 4,000 | 40 | 44,000 |
22 | 5,000 | 41 | 48,000 |
23 | 7,000 | 42 | 51,000 |
24 | 8,000 | 43 | 55,000 |
25 | 9,000 | 44 | 59,000 |
26 | 11,000 | 45 | 64,000 |
27 | 12,000 | 46 | 68,000 |
28 | 14,000 | 47 | 73,000 |
29 | 16,000 | 48 | 78,000 |
30 | 18,000 | 49 | 84,000 |
31 | 20,000 | 50 | 90,000 |
32 | 22,000 | 51 | 96,000 |
33 | 24,000 | 52 | 102,000 |
34 | 26,000 | 53 | 109,000 |
35 | 29,000 | 54 | 116,000 |
36 | 32,000 | 55 | 120,000 |
Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat prestasi dan harga dana-dana unit amanah?
Apakah yang dimaksudkan dengan harga hadapan atau “forward pricing”?
Apakah harga tunggal (Single Pricing)?
APAKAH RISIKO - RISIKO MELABUR DALAM UNIT AMANAH?
Risiko Pasaran
Pada keseluruhannya pasaran saham adalah tertakluk kepada turun naik harga saham dan keadaan ini mempengaruhi harga unit-unit dana kerana sebahagian besar pelaburan Dana ini terdiri dari saham-saham yang diuruskan di Bursa Malaysia.
Pulangan PendapatanPulangan pendapatan sekiranya ada, yang dibayar kepada anda adalah berpunca dari pendapatan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kadar pembayaran tidak dapat ditentukan lebih awal.
Risiko pembiayaan pinjaman
Jika anda mendapat kemudahan pinjaman untuk membeli unit, anda hendaklah faham bahawa:
- Pembelian melalui pinjaman mungkin mendatangkan keuntungan atau kerugian
- Sekirannya nilai pelaburan merosot di bawah sesuatu tahap tertentu, anda mungkin dikehendaki mengurangkan jumlah baki pinjaman di suatu tahap yang diperlukan oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman.
- Kemampuan anda membayar balik ansuran pinjaman mungkin akan terjejas di masa hadapan oleh perkara yang tidak diduga.