JOM TRY....BUKAN KENA BAYAR PUNG...HEHHE

Wednesday, June 2, 2010

APAKAH FEE & CAJ YANG DIKENAKAN?

Dalam urusan membeli dan menjual unit amanah, fi yang dikenakan adalah seperti di bawah:

  • Fee perkhidmatan di antara di antara 0-6.5% dari Nilai Aset Bersih
  • Fee Pengurusan sebanyak 1.5%-1.8% setahun atas Nilai Kasar, Aset Bersih harian dana

  • Fee pemegang Amanah sebanyak 0.1% setahun atas Nilai Kasar Aset Bersih Harian dana

BAGAIMANA MENENTUKAN JENIS DANA YANG SESUAI

Sebagai seorang pelabur, anda perlu mengambil kira faktor berikut :-

Apakah objektif atau matlamat pelaburan anda

Beberapa matlamat biasa termasuk simpanan untuk pendidikan anak-anak, mengekalkan modal dan perolehan pendapatan buat masa kini.

Berapa lamakah anda bercadang untuk melabur?

Pada amnya, semakin lama tempoh pelaburan, semakin cerah peluang anda mendapat pulangan yang lebih baik.

Apakah jenis pulangan yang anda harapkan?

Melalui pengagihan pendapatan atau melalui kenaikan nilai modal.

Berapa tinggikah risiko yang sanggup anda terima ?

Lebih tinggi risiko lebih tinggi pulangan.



ADAKAH SAYA DIBERI JAMINAN AKAN MENERIMA PENGAGIHAN PENDAPATAN?

Pada umumnya pengagihan pendapatan adalah tertakluk kepada prestasi dana tersebut. Pengagihan pendapatan yang dibayar kepada pemegang unit adalah berpunca dari pendapatan pelaburan dari semasa ke semasa mengikut pasaran. Jika dana tersebut hanya memperoleh keuntungan yang sedikit atau tiada langsung keuntungan, pengagihan pendapatan tidak akan dibuat. Oleh itu, pengagihan tidak dijamin.

APAKAH KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

Kepelbagaian Pelaburan

Pelabur dalam unit amanah selalunya dapat menyertai sekuriti yang lebih luas berbanding pelaburan secara perseorangan. Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian.

Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.

Pengurusan Profesional sepenuh masa

Anda akan mendapat faedah daripada pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman untuk menguruskan pelaburan anda sepenuh masa berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Tahap kecairan yang tinggi

Urusniaga unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam sesebuah syarikat dimana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Pelabur di unit amanah boleh menjual sebahagian atau kesemua unit mereka pada bila-bila masa.

Pertumbuhan modal

Pelaburan dalam unit amanah mempunyai potensi untuk memberikan para pelabur pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan nilai modal.

APAKAH UNIT AMANAH

Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Dana tersebut akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang akan melabur wang tersebut dalam pelbagai portfolio seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.