JOM TRY....BUKAN KENA BAYAR PUNG...HEHHE

Sunday, July 4, 2010

Apakah jaminan terhadap harga-harga unit bagi dana ini?

Harga unit akan meningkat atau menurun mengikut pasaran. Sekiranya keadaan pasaran meningkat, nilai unit-unit anda turut meningkat begitu juga sebaliknya.

Berapa kerapkah penyata pelaburan akan dihantar kepada saya?

Penyata pelaburan akan dihantar sekali dalam setahun iaitu bersama-sama laporan tahunan. Sekiranya anda memerlukan penyata pelaburan untuk penyemakan, anda boleh terus menghubungi agen unit amanah anda dari semasa ke semasa atau menghubungi talian khidmat pelanggan CWA di 03 - 7718 3000

Berapa lamakah saya mendapat bayaran tersebut?

Pembayaran untuk belian balik akan dibuat oleh Pengurus dalam tempoh tidak melebihi 5 hari dari tarikh permohonan diterima.

Adakah Pengurus menghadkan jumlah unit yang hendak di jual balik?

Pengurus tidak menghadkan jumlah unit minimum dan kekerapan pemegang-pemegang unit untuk belian balik atau penebusan unit. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menjual sebahagian daripada unit pelaburan, anda perlu mengekalkan sekurang-kurangnya RM 500 bergantung pada harga unit semasa bagi kiraan unit yang perlu di simpan.

Bagaimanakah caranya bagi saya untuk menjual balik pelaburan?

  • Bagi pemegang-pemegang unit, anda hanya perlu mengisi Borang Permohonan Membeli Balik bagi urusan belian balik unit-unit mereka. Pengurus akan membeli balik unit-unit mereka berdasarkan tarikh menerima borang yang lengkap di ibu pejabat.Borang boleh diperolehi daripada agen unit amanah anda atau datang terus ke mana - mana pejabat urusan CWA seperti alamat di bawah :

    Home Office

    50, 52 & 54 JALAN SS 21/39, DAMANSARA UTAMA
    47400 PETALING JAYA, SELANGOR [location map]

    Customer Care Centre: 03-7718 3000
    Agency Hotline: 03-7718 3001
    Fax: 03-7718 3003
    Email:
    cwa.custsupport@cwealthadvisors.com.my

    Regional Offices

    Northern
    5A, 1ST & 2ND FLOOR, JALAN TODAK 4, BANDAR SUNWAY
    SEBERANG JAYA, 13700 PERAI, PENANG
    Tel: 04-370 2155/2156
    Fax: 04-370 2158

    Central
    48, JALAN SS 21/39, DAMANSARA UTAMA
    47400 PETALING JAYA, SELANGOR
    Tel: 03-7712 2888
    Fax: 03-7726 5088

    Southern
    23 & 23A, JALAN HARIMAU TARUM
    TAMAN CENTURY, 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR
    Tel: 07-334 1748
    Fax: 07-332 4685

    Sarawak
    5B,
    LOT 414, SECTION 10, KTLD JALAN RUBBER
    93400 KUCHING,
    SARAWAK

    Tel: 082-259 777
    Fax: 082-259 727

    Sabah
    1, JALAN PASAR BARU, KAMPUNG AIR
    880300 KOTA KINABALU, SABAH
    Tel: 088-239 951/52
    Fax: 088-213 851

    Branches (Northern)

    Kota Bharu
    GROUND FLOOR, NO.298-B, JALAN TOK HAKIM
    15000
    KOTA BAHRU, KELANTAN
    Tel: 09-747 1172/90
    Fax: 09-747 1171

    Branches (Central)

    Ipoh
    30A, 1ST FLOOR & 30C, 3RD FLOOR, PERSIARAN GREENTOWN 1
    GREENTOWN BUSINESS CENTRE, 30450
    IPOH, PERAK
    Tel: 05-243 9001/2
    Fax: 05-243 9003

    Ampang
    13B, 2ND FLOOR, JALAN MAMANDA 7/1
    OFF JALAN AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR
    Tel: 03-4270 2970
    Fax: 03-4270 2997

    Sri Petaling
    39-3 & 41-3, JALAN RADIN ANUM, BANDAR BARU SRI PETALING
    57000 KUALA LUMPUR
    Tel: 03-9059 2333
    Fax: 03-9059 3521

    Branches (Southern)

    Melaka

    61, JALAN MELAKA RAYA 24
    TAMAN MELAKA RAYA, 75000 MELAKA
    Tel: 06-281 1111
    Fax: 06-281 1112

    Branches (Sarawak)

    Miri
    LOT 228, 1ST FLOOR, BEAUTIFUL JADE CENTRE
    JALAN MAJU, 98000 MIRI,
    SARAWAK
    Tel: 085-432 525
    Fax: 085-432 528

    Financial Care Center (FCC)

    1 JALAN PJU 8/3B, DAMANSARA PERDANA
    47820 PETALING JAYA, SELANGOR
    Tel: 03-7726 2000
    Fax: 03-7710 2929


Bagaimanakah cara mengira nilai pelaburan saya?

Nilai pelaburan anda boleh ditentukan dengan mendarabkan jumlah pelaburan (unit) yang dipegang dengan harga Nilai Aset Bersih (seunit) semasa

Apakah dana-dana Syariah yang diuruskan oleh CWA?

CIMB ISLAMIC ASIA PACIFIC EQUITY FUND

CIMB ISLAMIC BALANCED FUND0

CIMB ISLAMIC BALANCED GROWTH FUND

CIMB ISLAMIC COMODITIES STRUCTURED FUND

CIMB ISLAMIC COMODITIES STRUCTURED FUND

CIMB ISLAMIC DALI EQUITY FUND

CIMB ISLAMIC DALI EQUITY GROWTH FUND

CIMB ISLAMIC DALI EQUITY THEME FUND

CIMB ISLAMIC DEPOSIT FUND

CIMB ISLAMIC ENHANCED SUKUK FUND

CIMB ISLAMIC EQUITY AGGRESSIVE FUND

CIMB ISLAMIC EQUITY FUND

CIMB ISLAMIC GLOBAL EMERGING MARKET EQUITY FUND

CIMB ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

CIMB ISLAMIC GREATER CHINA EQUITY FUND

CIMB ISLAMIC INSTITUTIONAL SUKUK FUND

CIMB ISLAMIC KAUSAR LIFECYCLE FUNDS

CIMB ISLAMIC KAUSAR LIFECYCLE FUNDS

CIMB ISLAMIC KAUSAR LIFECYCLE FUNDS

CIMB ISLAMIC MONEY MARKET FUND

CIMB ISLAMIC SMALL CAP FUND

CIMB ISLAMIC STRUCTURED GROWTH FUND

CIMB ISLAMIC SUKUK FUND

CIMB-ISLAMIC GLOBAL COMMODITIES EQUITY FUND

Bagaimanakah untuk menyertai skim pelaburan Ahli KWSP?

Anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan penyata jumlah yang boleh dilabur serta Borang KWSP 9N (AHL) di mana-mana pejabat KWSP. Anda dikehendaki mengemukakan penyata jumlah yang boleh dilabur, sesalinan Kad Pengenalan, borang KWSP 9N (AHL) dan borang permohonan.

Berapakah jumlah minimum pelaburan permulaan dan tambahan?

Pelaburan permulaan minimum ialah RM500 manakala pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

Bagaimana cara melabur dalam dana-dana yang diuruskan oleh CWA?

Anda boleh melabur menerusi :

Pelaburan Terus

Boleh dilakukan di ibu pejabat, pejabat cawangan, pejabat agensi yang berdaftar atau Perunding Unit Amanah CWA yang bertauliah di seluruh negeri.

Autodebit

Boleh melabur menerusi perkhidmatan Autodebit yang disediakan oleh Malayan Banking Berhad, CIMB, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional. Pelabur yang mempunyai akaun dengan mana-mana bank tersebut boleh memberikan arahan tetap untuk melabur (minimum RM100) setiap bulan.

Skim Pelaburan Ahli KWSP

Sekiranya anda seorang pencarum KWSP yang berumur di bawah 55 tahun, pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada adanya baki yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun I di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA). Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

Jumlah Simpanan Asas dalam Akaun 1 :

Umur
(Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

Umur
(Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

18

1,000

37

34,000

19

2,000

38

37,000

20

3,000

39

41,000

21

4,000

40

44,000

22

5,000

41

48,000

23

7,000

42

51,000

24

8,000

43

55,000

25

9,000

44

59,000

26

11,000

45

64,000

27

12,000

46

68,000

28

14,000

47

73,000

29

16,000

48

78,000

30

18,000

49

84,000

31

20,000

50

90,000

32

22,000

51

96,000

33

24,000

52

102,000

34

26,000

53

109,000

35

29,000

54

116,000

36

32,000

55

120,000

Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat prestasi dan harga dana-dana unit amanah?

Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut di akhbar-akhbar utama (The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia) atau majalah kewangan (Smart Investor, The Edge). Anda juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web seperti di http://fundprice.my/home/all.

Apakah yang dimaksudkan dengan harga hadapan atau “forward pricing”?

Ini bermakna permohonan yang lengkap untuk membeli unit-unit serta permohonan yang lengkap untuk menjual balik unit-unit yang diterima oleh CWA pada sesuatu hari urusniaga akan menggunakan harga unit yang dikira pada petang hari berkenaan selepas pasaran saham ditutup yang mana ia akan disiarkan keesokan hari atau pada hari urusniaga berikutnya.

Apakah harga tunggal (Single Pricing)?

Harga tunggal ialah apabila SATU HARGA sahaja yang terpapar untuk setiap dana iaitu pada harga NAB (Nilai Aset Bersih). Harga NAB juga adalah harga belian untuk CIMB Fund [harga tebus balik oleh pemegang unit]. Manakala, harga jualan adalah harga NAB yang dikenakan fee perkhidmatan (di antara 0%-6.5%) ke atas nya [setiap kali pemegang unit membeli dana].

APAKAH RISIKO - RISIKO MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Semua pelaburan mempunyai risiko. Risiko melabur dalam unit amanah adalah seperti berikut :

Risiko Pasaran

Pada keseluruhannya pasaran saham adalah tertakluk kepada turun naik harga saham dan keadaan ini mempengaruhi harga unit-unit dana kerana sebahagian besar pelaburan Dana ini terdiri dari saham-saham yang diuruskan di Bursa Malaysia.

Pulangan Pendapatan

Pulangan pendapatan sekiranya ada, yang dibayar kepada anda adalah berpunca dari pendapatan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kadar pembayaran tidak dapat ditentukan lebih awal.

Risiko pembiayaan pinjaman

Jika anda mendapat kemudahan pinjaman untuk membeli unit, anda hendaklah faham bahawa:

  • Pembelian melalui pinjaman mungkin mendatangkan keuntungan atau kerugian
  • Sekirannya nilai pelaburan merosot di bawah sesuatu tahap tertentu, anda mungkin dikehendaki mengurangkan jumlah baki pinjaman di suatu tahap yang diperlukan oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman.
  • Kemampuan anda membayar balik ansuran pinjaman mungkin akan terjejas di masa hadapan oleh perkara yang tidak diduga.