JOM TRY....BUKAN KENA BAYAR PUNG...HEHHE

Sunday, July 4, 2010

APAKAH RISIKO - RISIKO MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Semua pelaburan mempunyai risiko. Risiko melabur dalam unit amanah adalah seperti berikut :

Risiko Pasaran

Pada keseluruhannya pasaran saham adalah tertakluk kepada turun naik harga saham dan keadaan ini mempengaruhi harga unit-unit dana kerana sebahagian besar pelaburan Dana ini terdiri dari saham-saham yang diuruskan di Bursa Malaysia.

Pulangan Pendapatan

Pulangan pendapatan sekiranya ada, yang dibayar kepada anda adalah berpunca dari pendapatan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kadar pembayaran tidak dapat ditentukan lebih awal.

Risiko pembiayaan pinjaman

Jika anda mendapat kemudahan pinjaman untuk membeli unit, anda hendaklah faham bahawa:

  • Pembelian melalui pinjaman mungkin mendatangkan keuntungan atau kerugian
  • Sekirannya nilai pelaburan merosot di bawah sesuatu tahap tertentu, anda mungkin dikehendaki mengurangkan jumlah baki pinjaman di suatu tahap yang diperlukan oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman.
  • Kemampuan anda membayar balik ansuran pinjaman mungkin akan terjejas di masa hadapan oleh perkara yang tidak diduga.

No comments: