Kepelbagaian Pelaburan
Pelabur dalam unit amanah selalunya dapat menyertai sekuriti yang lebih luas berbanding pelaburan secara perseorangan. Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian.
Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.
Pengurusan Profesional sepenuh masa
Anda akan mendapat faedah daripada pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman untuk menguruskan pelaburan anda sepenuh masa berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
Tahap kecairan yang tinggi
Urusniaga unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam sesebuah syarikat dimana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Pelabur di unit amanah boleh menjual sebahagian atau kesemua unit mereka pada bila-bila masa.
Pertumbuhan modal
Pelaburan dalam unit amanah mempunyai potensi untuk memberikan para pelabur pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan nilai modal.
No comments:
Post a Comment